Wednesday 12 September 2012

Rezeki masing-masing

Bismillahhirahmanirrahim..
3 September lepas, aku pergi UUM - Universiti Utara Malaysia..
Sapa yang tak tau UUM,,especially budak2 yang amek kos cam aku..
Kos dalam bidang pengurusan..UUM tue universiti pengurusan trkemuka kt M'sia nie..
Tapi aku bkn pegi nk stdy sna,,cuma pegi hantar adik aku ja..
Dia dapat kos keusahawanan..

Sampai sana, aku n parents aku duduk bawah khemah tunggu adik aku daftar..
Dah habis daftar,dapat kunci bilik,terus pegi bilik dia hantar barang n kemas2 ckit..
Masa dalam bilik tue, mak aku buka la beg yang UUM bagi kat adik aku..
Jelez jugak la,,dia dapat kamus Oxford special edition for UUM..
Yang buat aku rasa jelez lagi bila DPP(kolej kediaman) dia, btol2 tepi tasik..ada kemudahan kayak,cam taman, ada trek untuk jalan2 or joging..
Aku nie orang yang suka rekreasi,,xmustahil la untuk rasa cemburu even  ramai orang tau  UUM tue dalam hutan,berbukit2, dekat dengan sempadan pulak..tapi aku betol2 suka dengan environment dia..tenang sangat,kawasan dia pun teduh, banyak pokok kan.

Dari apa yang aku tau UUM ada tempat paintball sendiri,go kart, ada kuda..cam lengkap ja kan..maybe sebab dalam hutan, so dia sediakan la kemudahan2 macam nie untuk student dia..
Adik aku ada mesej masa dia tengah orientasi,,dia cakap:
"Aaron aziz tengah bagi ceramah..pasni anak dr.mahathir plak nak bagi ceramah..malam nia Agong datang, ada konsert Diraja.."
"Universiti dalam hutan pun ada tau VVIP mai"
Serius adik aku saja bagi aku jelez..esok tue,dia mesej lagi :
"Nie tengah main kuda dengan Farid Kamil. Pasni nak pi tengok kolam renang plak"
Fuhh!!Universiti aku tak seluas tue,,tak banyak kemudahan macam tue..mmg aku jelez..tambah plak aku dalam bidang yang sama dengan adik aku..kawan2 aku pun ada dekat UUM..semua PURE dalam bidang masing2..tapi aku PENDIDIKAN..

Jujur, pernah wujud rasa menyesal..tapi aku tau kenapa aku pilih semua nie..kos aku bukan semua boleh buat..orang cakap senang nak mengajar,keja cikgu mudah ja,cuti pun banyak..tapi bukan senang nak mendidik..mungkin disebabkan kata2 aku yang nie masa temuduga dulu yang membuatkan aku lulus.hihi..
Mungkin universiti aku tak ada semua kemudahan yang lengkap, tapi kami pun belajar sungguh2 untuk hidup..pekerjaan yang akan kami dapat satu pekerjaan yang mulia..
Ada hikmahnya aku dapat masuk sini cuma aku tak nampak lagi..Betol aku belom nampak..sebab tue aku ada perasaan menyesal..tapi perlu bersyukur,,orang lain ada ja yang tak dapat masuk u..ada ja yang tak dapat belajar..semua yang diberi kepada kita adalah rezeki kita..bersyukur..rezeki masing-masing..

Wallahu a'lam...

No comments:

Post a Comment