Wednesday 30 May 2012

Tentang Hati...


Bicara tentang hati, terlalu luas dan banyak yang boleh diperkatakan..
Perubahan hati...
Hmm...pernah terlintas dan jikalau ada benda yang boleh diubah, aku ingin mengubah hati..
Bukan melawan takdir apatah lagi melawan kekuasaan Allah S.W.T.
tidak..tapi hanya bicara jikalau boleh..

Setiap insan mempunyai hati dan perasaan yang berbeza-beza..
Karena hati yang berubah-ubah itulah, ramai manusia yang bahagia namun ramai juga yang kecewa..
Kekasih berubah hati, meninggalkan pasangan kerana bertemu orang baru..
Anak yang berubah kasih sayangnya kepada ibu bapa..
Apa lagi?? terlalu banyak..

Andai hati itu dapat aku statikkan perasaannya...
Aku hanya ingin bahagia yang menemani hari-hari..
Andai diberi peluang mengubah hati..
Aku ingin mengubah perasaan yang wujud dalam hati ini sekarang..
Aku ingin menyentuh hati-hati mereka yang aku ingin ubah..
Namun, mustahil..
Jika tiada perit yang aku hadapi,,tak mungkin aku mampu untuk gah berdiri..
Hati yang berubah tak bererti membawa luka yang parah..Hati yang berubah juga membawa kehidupan yang indah..

"Ya Allah Tuhan yang mengarahkan hati-hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadaMu,
 Ya Allah Tuhan yang membolak balikkan hati-hati, tetapkanlah hatiku pada agamaMu"

Amin...

Wallahu a'lam...

No comments:

Post a Comment